Khamis, 10 Februari 2011

Semuanya Sudah Berlalu

aku masih disini
masih sanggup tersenyum
walau senyumku tidak lagi ranum
kau jua masih disitu
masih mampu tersenyum
tapi mengapa senyummu
tiada seikhlas dulu..

dengan senyummu...
kau menyimpan rahsia
dengan senyummu..
kau menidakkan rasa hatimu
dengan senyummu..
kau cuba melupakanku..

batinku tersiksa
jiwaku kian terasa
aku tersenyum dengan payah..

kau..bukan seperti dulu
kasihmu..bukan lagi untukku
hatimu..bukan lagi tertulis namaku
keriangan yang kau pamerkan
bukan keriangan bersamaku..

usah ungkapkan lagi
sayang dan rindumu
usah kau sebutkan lagi
bibirmu akan namaku
bukan aku tak sudi
tapi aku sudah tak pasti..

sukar bagiku percaya
ungkapan manis darimu
aku bukan lagi dihatimu
biar aku dengan rasaku
biar aku dengan rinduku
semuanya kini sudah berlalu...

isya.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan