Khamis, 10 Februari 2011

Dilema Cinta Kita

Dilema Cinta Kita

salah kah diri ini sayang....
bila aku belum sempat menyambut huluran cintamu

salah kah diri ini sayang....
bila aku belum sempat menyambut rindumu pada diriku

salahkah diri ini sayang....
bila aku mula membawa hati menghindari diriku darimu

salahkah diri ini sayang....
bila aku mula membisu dari membicarakan rasa hatiku

kebahagiaan yang kita cari sayang....
selalu dalam anganku dan impianmu

kegembiraan yang kita nanti sayang....
Sentiasa kumahu dan harapanmu

namun begitu ketahuilah sayang....
kusambut cinta dan rindu bukan darimu
kerana ku tidak pernah tahu
cinta dan rinduku sebenarnya bukan untukmu

namun begitu ketahuilah sayang....
aku membisu dan menghindari diri darimu
bukan kerana alasan membenci dirimu
kerana aku kini sebenarnya sudah tahu
bukan aku pilihan terbaik buatmu

dan ketahuilah juga sayang....
anganku dan impianmu untuk bahagia
bukan tercipta untuk kita merasa
yang kumahu dan harapanmu untuk gembira
bukan tertulis nama kita untuk bersama
inilah dilema cinta kita sayang....

punya rasa yang sekata
punya tujuan yang sama
cuma jalan kita tidak seiring dan berbeza.....

isya..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan