Khamis, 10 Februari 2011

Lelaki

lelaki..
kusandarkan harapan
kuluahkan kelembutan dan kerinduan
kini pincang oleh keegoanmu..
yang menjadi racun cinta kita..

lelaki..
tiap detik nafas kugenggam janjimu
aku surimu yang menutur bicara menjadi doa
titisan airmata dukaku adalah pengorbanan
tapi kau persiakan..

kau mengejar kilauan bayangan
terlupa pada permata kecilmu
terlupa pada teratakmu
kau tersesat di perjalananmu..

lelaki..
kembalilah..
disini ada segaris senyum buatmu
tanpa kepalsuan hanya keikhlasan
seberkas rindu dan secangkir kasih
tiada hempedu tiada racunnya
hanya tertulis namamu
milikmu..

lelaki..
keegoanmu yang bagaimana
kesalahanmu yang seperti apa
semuanya kabur dipandangan mata
bila rindu yang kau tinggalkan
melupakan aku pada penantian yang lama..

lelaki..
aku masih disini bersama senyuman ini
bersama rindu dan kasih terhadapmu
hingga ke nafas terakhirku....

isya........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan