Khamis, 10 Februari 2011

Bunga Di Taman Hati

masa yang lalu di taman ini
Bunga indah mekar mengharum
Segar mewangi setiap ketika
warna berseri terpancar murni….

terciptalah suka dan gembira
terlahirlah rindu dan bahagia
segala rasa yang istimewa
segala impian yang mempesona
menjadi rahsia di taman ini….

indahnya ia selalu di puja
harum semarak menusuk kalbu
mekarnya ia tiada terduga
seri sentiasa memikat mata….

pudar indahnya tanpa di jaga
tiada mekarnya tanpa di baja
pudar serinya tanpa sentuhan
tiada harumnya tanpa perhatian….

jambangan bunga di taman hati
satu saat ia kan layu
andai sengaja kau persia
kanandai sengaja kau abaikan….

jambangan bunga kasihsayangku
kasihsayang ditaman hati….
isya.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan