pesona rinduku ini
merajai hatiku
melemaskan aku
membuatkan asmaraku
semakin bergelora.....
pesona rinduku ini
merantai hatiku
menyekat langkahku
membuatkan degup jantungku
semakin kencang....
pesona rinduku ini
mengaburi mataku
menghalang pandanganku
membuatkan resah jiwaku
semakin menyiksakan....
pesona rinduku ini
tiada bermusim
tiada siang dan malamnya
tiada bertitik di setiap detik
ia terus menyelubungi
ia terus membadai
ia terus menerjah
setiap ruang hatiku...
pesona rinduku ini
hadir kerana kemahuan
mungkin juga keinginan
mungkin kerana harapan
mungkin juga kerana impian...
hanya yang pasti
pesona rinduku ini
hadir bersama kasih sayangku.....
isya.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan